Perhatian : Sila Baca Ini Dahulu

Assalamualaikum.. Kepada sesiapa atau bakal pelanggan yang ingin melihat portfolio, sampel - sampel gambar servis "Potraiture & Wedding Photography" yang saya sediakan dan segala yang berkaitannya sila terus ke www.zahir-photography.blogspot.com . Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi saya di 013-6249013. Sekian, terima kasih... :)

Rabu, 2009 November 25

Luqman My Bestfriend Datang
























Sebiji gambar di atas ni adalah hasil tangan editting Luq.. Saya bagi dia masa 4 minit untuk dia touch up gambar ni (sepatutnya untuk touch up gambar kawin yang berlambak2 setiap gambar biasanya diedit dalam masa 2 minit ke bawah), bagaimanapun selepas 4 minit inilah hasilnya, setelah semua slider dalam Adobe Camera RAW diadjustnya dengan kelam kabut dan hasilnya tidak mengecewakan. Semoga dia makin mantap nanti.. Amiin :)













Assalamualaikum.. Hari ni salah sorang bestfriend saya masa di Uniten datang ke Kuala Terengganu. Dia duk kat Dungun.. Hari ni banyak jugak aktiviti yang sempat dibuat antaranya adalah main hujan, sesi bergambar dalam hujan, sesi mengedit gambar, sesi bersilat, sesi kutuk2, n macam2 lagi la hehe.. Saya sertakan sekali beberapa keping gambar yang sempat saya ambil tadi.. Hafe fun :)

Isnin, 2009 November 23

Bila Coverage Celcom Broadband Kurang











Signal bar menunjukkan coverage penuh, masa ni tengah ada kat luar.. siap bawak tripod n piring UFU tu skali haha... Masa ni guna laptop kat salah satu post guard yang tengah jaga kat Durian Burung.. Walaupun bar ni 5 tapi kelajuannya slow berbanding 4 bar ketika berada di rumah.. mungkin di kawasan ni ramai pengguna yang tengah gunakan broadband ni dan mungkin jugak jarak ke antena sangat jauh dan menyebabkan lag dan mungkin jugak berlaku interference antara 2 antena yang berdekatan..


Yang ni 4 bar je tapi sangat laju.. Yang ni kat rumah.. :)

Assalamualaikum... Tadi tengah men tenet tibe2 lost network 3.5G ... so memang sakit hati la sbb hilang high speed mode.. Nak loading page bukan main lama lagi.. So asyik sangat jadi camni xleh dibiarkan sbb kawasan Bukit Besar ni coverage kurang elok disebabkan terhalang oleh bukit. So dengan perasaan marah saya fikir2 nak selesaikan masalah ni secepat mungkin sbb ada hal. Then dapat solution.. teringat geng2 TV3 hari tu duk main parabolic antenna.. So kebetulan ada kuali besar kat dapur.. Then ambik kuali, ikat modem kat tengah kuali tu then sangkut kat tripod kamera haha.. Then fine tune angle n direction kuali tu sampai dapat signal sekuat mungkin n alhamdulillah.. Ok haha.. Tp harap korang tak buat macam saya buat sbb antenna ni letak kat luar, so kalau kene kilat mampus la haha.. Tp saya dan sambungkan kuali tu dengan wayar bumi yang saya sambungkan ke paip berdekatan yang ditanam bawah tanah hehe.. Paip tu at least sedalam 5 kaki untuk memastikan arus mengalir sepenuhnya ke bumi kalau terkena kilat atau elektrik bocor.. Hehe...

Alatan :
- KUALI
- Modem Broadband
- Sim Card yang ada servis broadband
- Tripod, xkira la yang murah atau mahal, tapi kalau guna Manfrotto atau Gitzo mungkin membantu kot haha.. (ntah la membantu dari segi ape, silap2 kene curi)
- Wayar USB
- Extension yang sangat panjang utk wayar USB tapi sebolehnya jangan melebihi 10 meter sbb nanti akan berlaku interference dengan gelombang2 radio yang berkeliaran di udara.
- Wayar pengikat / tali / kabel

Kaedah Pembuatan :
- Buat la macam mana pun asalkan jadi parabolic antenna haha..

Kelebihan :
- Signal menjadi lebih stabil dan sangat stabil.
- Kekuatan signal bertambah 2 stops (terlalu gilakan photography sampaikan cakap pun dalam bahasa tu)
- Upload & Download speed bertambah.
- Sangat stabil!! Upload xputus langsung..

Kekurangan :
- Kalau xbumikan kalau kene kilat anda dan komputer akan terbakar.
- Disebabkan kuali tu bentuk macam tu, so kalau angin tiup memang bergerak la.
- Benda ni sangat directional, even beza angle 2 darjah pun dah boleh efek kekuatan signal.
- Nampak buruk n macam ciptaan orang gila (jiran2 kat sebelah fikir orang kat sbelah rumah die ni dah senget)

PERHATIAN!! : Jika network broadband Celcom busy disebabkan ramai user yang guna broadband penggunaan antena ini tak dapat membantu anda mendapatkan kelajuan yang lebih kerana antena ini bertujuan untuk mengumpul dan menumpukan gelombang antara model dan antena celcom yang ditujukan. Jadi tujuan antena ini dibuat untuk memastikan gelombang dapat dipancarkan dan diterima secara efisyen antara modem dan antena Celcom. Jika masalahnya disebabkan antenna atau networking Celcom sendiri maka antena ini tidak dapat membantu :) ...

Ahad, 2009 November 22

Ambik Gambar Di Malam Hari







Hehe tumpang letak gambar beberapa bulan lepas kat sini la senang hehe...

















Malas nak taip ape2.. Gambar ni diambik masa selepas hujan di perkarangan masjid Terapung n di seberang muara sungai Kuala Ibai... Masa ni air pasang... Seram tengok...

JPEG Compression & Artefact



Gambar asal (kawasan sampel yang diambil adalah dari kawasan yang di highlight warna merah)



Pembesaran 3200% (Quality : 12)



Pembesaran 3200% (Quality : 11)



Pembesaran 3200% (Quality : 10)



Pembesaran 3200% (Quality : 9)



Pembesaran 3200% (Quality : 8)



Pembesaran 3200% (Quality : 7)



Pembesaran 3200% (Quality : 6)



Pembesaran 3200% (Quality : 5)



Pembesaran 3200% (Quality : 4)



Pembesaran 3200% (Quality : 3)



Pembesaran 3200% (Quality : 2)



Pembesaran 3200% (Quality : 1)



Pembesaran 3200% (Quality : 0)

Contoh gambar yang menunjukkan kesan banding yang ketara adalah gambar yang ada tonal value yang smooth n continous seperti gambar di bawah iaitu langit biru.. Bila kita compress masa save data akan dibuang dan data untuk value between tonal value tu hilang.. Sebab tu nampak macam tu... Kesan artefact bleh nampak di antara tempat perbezaan warna antra tingang lampu dan langit, nampak pecah2..



(Quality : 12)



(Quality : 6)



(Quality : 0)


Perbezaan antara gambar RAW (12-bit compressed) vs JPEG (Directly Converted dari RAW/ Direct Dari Kamera) vs JPEG (JPEG yang dibuka sekali lagi dan di save sekali lagi dari file JPEG sebelumnya)



Gambar Atas : RAW 12-bit compressed (perhatikan kawasan shadow yang lebih smooth berbanding JPEG yang diconvert dari RAW atau direct dari kamera)



Gambar Atas : JPEG converted directly dari file RAW. Tonal gradation kurang smooth berbanding RAW 12-bit.



Gambar Atas : JPEG yang disave dari file JPEG asal. Bermakna 2 kali compress. Perhatikan tonal gradation agak agresif, bermakna gambar yang banyak continous tone akan nampak banding.



Seperti yang anda semua lihat, semakin tinggi compression iaitu semakin kecil quality value maka kualiti gambar menjadi semakin rendah, cuba bandingkan gambar dengan nilai quality 0 dan 12 .. anda akan nampak satu petak pesar yang terdiri daripadan 64 petak kecil (8 x 8) dalam gambar yang quality valuenya adalah 0. Apabila ini terjadi maka gambar itu akan menampakkan banding iaitu perbezaan antara kawasan yang hampir sama tonal valuenya tetapi disebabkan data tidak cukup maka tiada data tonal range yang dapat membuatkan transition antara tonal range tu menjadi smooth dan nampak perbezaannya secara ketara. Untuk show gambar di blog saya rekemenkan gunakan Quality value sekurang2nya 6 dan untuk print biarlah 10 ke atas. Gambar yang saya tunjuk contoh di sini adalah dari JPEG. Iaitu mewakili gambar JPEG yang keluar straight dari kamera dan diedit dan di save sekali lagi. Harap sume dapat faedah :)

*Untuk RAW 12-bit sangat sedikit perbezaan dengan gambar JPEG yang diconvert dari RAW. Tetapi gambar RAW 14-bit memang nampak ketara perbezaannya terutama di kawasan shadow. Kebetulan gambar ni saya shoot dalam RAM 12-bit utk save memory card. Jadi harap maaf sebab tak boleh nak bandingkan dengan RAW 14-bit.

Enjoy bergambar k :) ... Ni saje2 je. Xberkait mana pun dengan kualiti gambar keseluruhannya.. Tp sebab boring petang2 hujan ni so buat la post ni hehe.. :)

Imran & Insyirah







Hehe comel kan? :)

Jangan Risau Kalau Gambar Tak Cantik

Tahun 2002 - 2006 (Sony Cybershot DSC-P2 2MP)





Tahun 2006 - 2009 (Sony Cybershot DSC-S600 (6MP))






Tahun 2009 (Nikon D40 (6MP) & Nikon D300 (12MP))






Assalamualaikum.. Saya saja2 je post kat sini.. Berkenaan kalau gambar tak cantik / lawa / smart / handsome / beautiful / striking n macam2 lagi la..

Jangan risau la kalau anda baru berjinak2 atau dah lame dalam dunia fotografi tapi masih tak dapat gambar yang memuaskan hati. Sebab benda ni bukan boleh dipelajari sekelip mata, bukan baca buku 2 hari kemudian dah jadi super duper pro. Bukan setakat tanya orang, bukan setakat outing, bukan setakat pegang kamera mahal, bukan setakan tengok review dalam internet. Bukan setakat kenal ramai photographer, bukan setakat beli semua koleksi barang2 kamera dan juga bukan setakat beli megazine2 fotografi. Pada saye semua ni memerlukan gabungan kesemuanya dan masa yang agak lama dan bergantung kepada kemampuan individu itu sendiri. Bukan senang nak dapat "pandangan seorang photographer" iaitu bile tengok sesuatu je dah tau macamane nak ambik nak bagi semuanya teratur, harmoni dan sebagainya.. Susah nak dapat macam tu. Saya sendiri pun masih terkapai2 bile sampai ke location atau jumpa subjek yang bagus.

Saya mula berminat dalam dunia fotografi ni dari kecik lagi.. Tp stakat "macam best je kamera - mase ni still skolah rendah".. Then bila masuk skolah menengah saya start simpan cita2 nak beli sebiji kamera, tak kira la kamera ape pun, asalkan ada kamera untuk rekodkan ape yang saya nampak n rasa best. Kemudian masa tingkatan 2 saya beli kamera dengan kawan saye.. Masa tu kamera Sony Cybershot DSC-P2 iaitu kamera digital 2MP. Masa tu dah rasa hepi sangat sebab ada kamera digital, masa tu kamera digital sangat baru lagi.. So ape lagi.. Shoot tak ingat dunia. Sume benda diambik gambar.. Dari habuk pensil sampai air hujan.. Xkira malam atau siang. Rasenye tak sampai 6 bulan dah 4000 keping gambar. Then rasanya tak sampai 10000 shutter count kamera dah rosak.. Mase tu memang dah biasa dengan kamera tu.. Kalau normal kita akan dengar shutter bergerak kalau dekatkan telinga dengan kamera tu. Tp shutter tu rosak, macam tersekat macam tu. Bile pergi kedai Sony untuk repair dorang cakap lens rosak n kene tukar skali ngan lens dengan harga RM500.. Fuh!! mahal tu!!.. then xde duit then balik rumah simpan camtu je.. Xsampai 2 bulan rasa dah ketagih sangat nak kamera tp xde duit nak repair.. So dengan menggunakan pisau dapur yang halus sebagai screw driver saya bukak kamera tu, memang complicated la, banyak segmen dalam kamera tu, kalau xsilap ada 3 - 4 bahagian iaitu bahagian lens n focusing, bahagian image processor n flash unit, bahagian LCD n CMOS n bahagian tempat masuk bateri n memori card. Semuanya rapat2.. Pernah 2 -3 kali terkena electric shock sbb tersentuh litar untuk flash, rasa kebas jugak skejap sampai pergelangan tangan tapi xkuat macam elektrik rumah. Masa bukak lens component untuk betulkan shutter yang tersekat tu xperasan saya dah terentap satu jalur wayar yang sambungkan shutter unit tu dengan komponen lens yang lain, masa tu ok lagi.. Lepas pening2 n hentam keromo skejap akhirnya dah settle tapi ada satu mistake, saya tak letak jalur wayar tu sebelah dalam, saya letak sebelah luar. Then bila saya tutup balik casing kamera dah boleh pakai balik dgn normal. Lepas tu tak sampai 300 keping gambar masalah yang sama jadi, ingatkan shutter tersekat tapi rupenye jalur wayar yang banyak tu dah putus sbb terkepit masa lens tu gerak2.. Masa tu dah xleh buat ape dah.. Last2 ambik spray hitam, saye pun spray body camera tu hehe.. Then tinggalkan cap jari.. Lepas tu dah xpegang dah kamera tu.. Skarang kamera tu dah takde sbb mak saya dah buang kotak yang ada kamera tu... Rugi btol la.. Apepun on topic balik la haha.. Point penting kat sini masa saye baru pegang kamera saya tak tau ape tu gambar yang power, masa tu tau nak ambik gambar je, semua gambar cantik bagi saya mase tu, then masa tu la saya biasakan diri saya dengan setting kamera. Saya buat try n error masa tu sbb saya xde internet, so xleh belajar dari sesiapa. Masa tu semua gambar boleh dikatakan hancur.. Haha.. So jangan risau kalau gambar anda skarang memang xcantik sebab anda masih lagi dalam proses membiasakan diri.. Xde orang yang baru kenal fotografi tibe2 dah ambik gambar yang semua orang tabik haha..

Kemudian saya guna kamera Sony Cybershot DSC-S600. Masa tu tahun  2006 n lepas habis PLKN. Masa tu company nak pakai guard untuk cover F1 kat litar Sepang. So daripada suruh orang lain baik orang dalam sendiri kerja, dapat tengok free n macam2 lagi. Kerja situ 1 minggu dapat dalam RM700 then beli kamera DSC-S600 harga RM670. Dengan kamera ni total saya ambik dalam 13000 keping gambar  then lepas tu shutter rosak. Lepas baiki dengan harga RM300 start ambik gambar balik.. Tp malangnya kali ni tak sampai 10000 keping gambar shutter rosak lagi. Memang geram la.. Masa ni saya kat Uniten, kawan2 saya tahu la camana saya bile kamera takde, macam orang yang kehilangan kawan baik la hehe.. Kebetulan masa repair kamera, unit yang rosak tu die bagi balik.. So bleh la kumpul buat koleksi.. Lepas tu rasa nak leraikan kecik2 n ambik komponen. Last2 dapat high magnification lens yang cover directly atas CCD sensor tu.. Lepas tu guna lens tu n lekatkan depan lens kamera yang dah elok tu memang bleh teru ambik gambar macro. Memang giler gambar la hehe..

Then skarang ni iaitu awal tahun 2009 baru saya beli DSLR. Start dengan Nikon D40. Then skarang dah tukar ke D300. Tapi seksa nak beli kamera ni kalau xde duit. Saya nak beli Nikon D40 saya jual telefon saya, dekap 1 bulan xpakai telefon sbb beli kamera. Then bila nak beli D300 macam2 saya jualkan

So... Bukan senang nak dapat gambar yang cantik directly.. Banyak masa diperlukan untuk develope skill n photographer eye.. Ada orang yang cepat belajar, ada orang yang lambat.. Manusia ni tak sama. Jadi jangan risau la kalau gambar nampak kurang cantik. Kadang2 gambar tu kita nampak xmenjadi tp bagi orang lain dah cukup cantik dah.

Cara untuk develop skil (pada pandangan saya) :

- Selalu explore dan mahirkan diri dengan fungsi kamera, baca buku manual banyak kali sampai faham dan dapat terangkan kat orang apa fungsi sesuatu button dan cara kerja fungsi tu skali. Bila macam tu kita dah biasa dengan kamera kita, kita akan tahu limit kamera, kita akan tahu kemampuan kamera, kita akan biasa dengan kamera, kita boleh dapatkan yang maksimum dari kamera.

- Selalu fikir pasal gambar, gambar dan gambar. Hidup saya dah dihantui gambar. Nak tidur pun asyik teringat macam mana nak ambik gambar yang lbih bagus dari gambar sebelum ni. Adalah kena adjust setting kamera? Adalah kene adjust posing? Adakah kena adjust timing? Adakah gambar yang diambik tu "sedap mata memandang"? Macam mana nak buat gambar tu nampak hampir seperti yang kita nampak? Macam mana nak buat color nampak vivid tapi tak melampau? Macam mana nak bagi gambar tu simple tapi power? Macam mana nak bagi gambar tu nampak lain dari biasa? n banyak lagi la... 

- Selalu tengok gambar yang power2 dan bandingkan dengan gambar yang kita ambik dan cari apa perbezaan, kelemahan dan kelebihan yang kita ada berbanding gambar tu. Dan lepas tu cuba gunakan perbezaan tu dan apply untuk kita ambik gambar. Ni bukan tiru tetapi cuba mendapat asas untuk mendapatkan gambar yang power. Tengok la composition gambar tu, color, n macam2 lagi.

- Biasanya gambar pertama untuk sesuatu subjek tu kurang memuaskan. Cuba ambik gambar pertama dan perhatikan betul2.. Tgk banyak kali, tengok lagi, tengok lagi n lagi sampai ada benda yang tak berkenan di mata seperti composition tak betul, ada objek ganggu tumpuan gambar, ada pertembungan 2 warna yang kurang sesuai n macam2 lagi. Then cuba consider faktor tu n ambik gambar skali lagi utk betulkan sume benda tu. InsyaAllah nanti semakin elok :)

- Tak semestinya gambar yang dapat straight dari kamera tu elok. Kadang2 gambar tu perlu di crop untuk buang semua benda yang mengganggu dan membetulkan composition.

- Sebelum ambik gambar pusing2 dulu, survey2 n tengok2 dulu.. Kadang2 apa yang kita nampak untuk compose for the first time utk subjek tu sbenarnya kurang menjadi. So try la survey2 dulu hehe.. Angle, direction lighting n macam2 lagi la..

- Tgk gambar2 lama yang kita dah ambik n compare dengan gambar yang kita ambik skarang.. Mesti makin ada improvement... :)

- Confident :)

Haha dah letih dah taip.. Tp saje2 je buat post ni.. Harap2 semua dapat faedah :)

bersambung...

Nasihat Dari Saya Untuk Pengguna Laptop



Sebenarnya benda ni apply kepada semua jenis bateri lithium ion tapi saya tujukan khas kepada pengguna laptop kerana semua laptop sekarang menggunakan bateri litium ion. Seperti yang kita tahu bateri lithium ion adalah bateri yang lebih ringan, lebih selamat, terjamin bebas dari "memory effect", high power, efisyen, cepat caj n pelbagai lagi kebaikan berbanding jenis - jenis bateri lain seperti Nickel Metal Hydrate atau Ni-MH.

Memang la bateri lithium ion ni tahan lama, tetapi bergantung kepada cara penggunaannya la. Kebanyakan dari kita dan khasnya golongan pelajar - pelajar universiti berfikiran bahawa untuk memanjangkan hayat bateri lithium ion hanya ada 2 cara iaitu. Pertama, semasa di tempat yang ada power supply, remove bateri dari laptop dan hanya gunakan AC-DC adapter sahaja, yang ni memang bagus tapi keburukannya adalah kalau bekalan elektrik terputus.. Kalau kene macam ni memang laptop akan terpadam terus dan kemungkinan data hilang adalah sangat tinggi. N hard disc sangat murah rosak kalau berlaku macam ni. Cara kedua adalah dengan caj bateri laptop sampai penuh dan cabut adapter apabila bateri sudah penuh dan guna laptop dengan power bateri, guna sampai bateri habis kemudian caj balik, lepas tu pakai sampai habis balik dan begitulah selanjutnya. Sebenarnya cara macam ni la yang pendekkan hayat bateri. Sebab bateri Li-Ion ni bukan macam bateri Ni-MH yang perlukan kita caj penuh dan pakai habis untuk caj balik untuk dapat max performance. Bateri Ni-MH kena buat macam tu untuk elakkan kejadian memory effect iaitu prestasi bateri berkurang secara mendadak disebabkan caj yang tak habis digunakan yang masih berada dalam bateri tu.

Salah seorang yang saya kenal telah mengalami kejadian ni. Disebabkan pemahaman yang salah tentang penggunaan bateri laptop. Dia caj sampai penuh, lepas tu disconnect power supply dan guna laptop on bateri sampai habis kemudian caj balik sampai penuh. Dan lepas hampir 2 tahun buat macam tu bateri laptop die tahan tak sampai 10 minit lepas fully charged. Nak salahkan siapa? Haha dah la bateri mahal.. Beratus - ratus jugak harganya.

Saya tak percaya dengan semua yang orang cadangkan tentang cara penggunaan bateri yang songsang tu sebab saya takkan ikut bulat2 ape yang orang beritahu, saya mesti cari penjelasan sama ada secara saintifik atau logik untuk setiap cadangan yang diberi. Jadi saya guna seperti biasa iaitu kalau kat rumah sambung laptop ke power supply dengan bateri di laptop, dan bila keluar baru pakai bateri sahaja. Tak ada masalah guna laptop masa tengah connect ke power supply dengan bateri masih di laptop sebab bateri tu memang direka untuk digunakan sedemikian rupa. Dan alhamdulillah bateri laptop saya masih lagi dalam 9.5/10 condition. Dah 3 tahun lebih dah saya beli laptop ni. Jadi terpulang la kepada anda semua untuk percaya atau tidak.. Harap semua dapat faedah :)

Sabtu, 2009 November 21

Link - Link Yang Berguna Untuk Anda :)

Assalamualaikum.. Di sini saya nak kongsikan beberapa link yang saya selalu dan pernah kunjungi dan kadang - kadang saya jadikan sumber ilham dan rujukan saya dalam dunia fotografi ni. Bukannya saya lahir dengan otak dah penuh dengan ilmu fotografi ni. Cuma bila minat ada baru semuanya akan jadi realiti. Saya start aktif dalam dunia fotografi ni sejak saya form 2 iaitu pada tahun 2002. Masa tu saya ada kamera Sony Cybershot DSC-P2 yang saya beli dari seorang kawan. Kamera tu hanya 2MP point n shot tapi harganya masa tu adalah RM1200. Masa tu kamera PNS penuh dgn noise walaupun pada ISO100. Tapi masa tu saya kesempitan wang dan tak mampu memiliki segalanya. Maklumlah masa tu sekolah lagi kan. Pendek cerita masa tu saya masih tak ada bantuan n ujukan dalam dunia fotografi ni jadi saya guna prinsip hentam sajalah. So harap2 anda semua tak jadi macam tu ye.. Hehe.. Jadi di sini saya akan kongsikan segala yang saya tahu k.. Di blog ini.. Dan di post ini saya kongsikan link2 yang berguna.. Harap anda semua dapat faedah walaupun kebanyakan daripada link ni adalah dari "orang putih" haha.. Tp kita just grab the knowledge je kan.. Yang penting halal :) ..



www.dpreview.com - link ni bagus untuk mengetahui spec kamera, lens, aksesori dan melihat sampel gambar dari hampir semua jenis kamera. Di link ni jugak ada update tentang teknologi - teknologi terbaru dalam dunia fotografi.

www.cambridgeincolour.com/tutorials.htm - link ni bagus untuk mengetahui dengan lebih mendalam secara teknikal tentang kamera, lens dan sebagainya. Tips ringkas photoshop pun ada jugak kat sini. Bagus jugak la link ni utk lebih faham tentang cara kerja kamera n beberapa perkara lagi.

www.stuckincustoms.com - link ni khas untuk HDR sebenarnya sebab boleh dikatakan die master la bab2 HDR ni. Kat link ni jugak ada tutorial basic2 editting HDR yang bleh kita download. Tp selain dari HDR gambar dalam link ni jugak bleh bagi kita ilham tentang composition. Tapi kalau boleh jangan la terlalu berharap untuk dapat gambar HDR macam die ni buat sebab nanti takut kecewa. Die dah expert bab2 ni so agak bernasib baik kalau kita dapat tiru sebiji macam die buat.

www.kenrockwell.com - die ni bagus jugak bab2 review kamera, lens n eksesori. Banyak sampel gambar dan boleh dikatakan anda akan habiskan masa lebih sebulan untuk khatam baca semua artikel dia. Tapi perlu diingatkan supaya jangan terpengaruh sangat dengan cara pemikiran dia. Bagi saya dia ni kadang2 macam berat sebelah walaupun dia cakap die adil dengan semua review. Dan die ni ego skit. So ambil ape yang baik dan jauhi yang tak elok.

www.luminous-landscape.com - kat link ni banyak jugak tips2 dan review2 yang berguna untuk anda. Tengok la sendiri. Site ni nampak agak kurang teratur tapi agak banyak information yang bleh dapat dari sini.

www.1x.com - link ni ada antara gambar terbaik yang anda akan lihat sebab semua gambar yang disubmit ke link ni adalah yang dipilih dengan pelbagai cara tapisan. Jadi semua gambar adalah yang terbaik dan sangat susah kita nak dapat seperti gambar2 di situ.. Semua gambar landskap n potrait kat situ sangat superb. Tapi hati2 sebab ada kategori nude photography.. Yang tu kalau bleh jangan tengok la sebab kalau tgk pun buat ape belajar. Bukan bleh praktikkan pun. Kalau nak sangat praktikkan bersedialah untuk mengumpul dosa hehe..

www.ronbigelow.com - masukla ke link tutorial dia. Banyak info yang sangat berguna yang anda akan ketahui. Dan semuanya adalah sangat jelas. Saya sangat rekemenkan untuk anda masuk link dia ni. Klik di bahagian tutorial yang ada dalam link ni nanti.

Saya dah tak ingat dah link ape lagi yang bagus.. Dah lama tak masuk link2 ni.. InsyaAllah nanti kalau saya ingat nanti saya updatekan lagi senarai link di sini ye :) .. Tengok la semua link ni.. Semuanya sangat berguna. Tp mungkin kurang berguna untuk golongan dah pro. Saya letakkan link ni just untuk membantu sesiapa yang baru kenal dunia fotografi. Semoga kita semua dapat sama rata :)

Khamis, 2009 November 19

Boleh ke nak dapat gambar yang sharp dengan menggunakan shutter speed 1/60th sec?

- Setkan kamera ke mana – mana mode, sama ada aperture priority, shutter priority, program auto atau manual. Selepas flash dihidupkan nanti secara automatik shutter speed akan bertukar kepada 1/60th sec disebabkan ini adalah limit paling bawah default setting utk flash sync.

- Lepas itu, bukak flash (bounce flash valid utk off camera flash sahaja seperti SB-400, SB-600, SB-800 dan beberapa model lagi, manakala built in flash di kamera hanya mampu untuk direct flash sahaja). Setkan mode flash itu kepada Auto (Diwakili dengan lambat “kilat” sahaja) dan bukannya mode flash yang lain seperti Slow Sync atau 2nd Curtain Sync / Rear Curtain Sync. Dengan cara seperti ini gambar hanya diambil dengan hampir keseluruhannya menggunakan exposure daripada flash sahaja dan shutter speed kurang memainkan peranan dalam exposure sebegini.

- Selepas kedua – dua mode kamera dan mode flash disetkan seperti di atas, cuba ambik gambar sama ada tanpa flash (dengan shutter speed 1/60th sec), dengan direct flash dan dengan bounce flash. Anda akan nampak perbezaannya, kenapa jadi seperti itu?...

- Gambar yang tidak menggunakan flash akan kelihatan blur apabila ada pergerakan kerana shutter kamera terbuka selama 1/60th dari satu saat untuk mengumpul cahaya untuk memberikan exposure yang disetkan iaitu masih lagi dianggap agak perlahan untuk membekukan pergerakan.

- Gambar yang menggunakan flash kelihatan tajam dan mungkin juga kelihatan seperti mempunyai kesan halo di sesetengah bahagian gambar kerana cahaya flash yang dikeluarkan itu sangat singkat tempohnya iaitu untuk SB-600 adalah sekurang – kurangnya 1/900th saat hingga ke 1/25600th saat bergantung kepada power flash yang digunakan. Lebih berkurang power flash yang digunakan lebih singkat tempoh cahaya flash dikeluarkan. Jadi dalam keadaan ini 2 exposure dihasilkan iaitu satu exposure dengan menggunakan flash (untuk bekukan pergerakan) iaitu exposure yang dominan untuk gambar ini dan satu lagi exposure menggunakan shutter speed 1/60th saat untuk mengumpul ambient light yang kadang – kadang menyebabkan pergerakan kelihatan blur kerana shutter speed yang terlampau slow. Jadi jika dalam gambar tu ada pergerakan maka gambar pergerakan itu akan nampak seperti satu gambar objek bergerak yang sharp dan diikuti oleh sedikit kesan halo.


Jadual di atas menunjukkan hubungan antara kuasa flash dan tempoh nyalaan flash. Kuasa flash dikawal oleh kamera apabila disetkkan ke selain Mode M di flash. Namun hubungan antara kuasa dan tempoh flash ini tetap boleh diguna pakai walaupun kita tak setkan power flash kerana kamera yang setkkan power flash secara automatik mengikut metering semasa kamera dan prinsip i-TTL. Biasanya apabila saya mengambil wedding dengan menggunakan ISO400, shutter speed 1/60th sec, aperture f/4 - f/5.6 di dalam rumah dengan siling putih yang berketinggian lebih kurang 2.5 meter, kuasa flash yang digunakan adalah sekitar 1/8 dari kuasa penuh flash tersebut. Di dalam jadual tersebut menunjukkan kuasa 1/8 dari full power memberikan tempoh nyalaan flash selama 1/6600th, jauh lebih tinggi berbanding shutter speed yang disetkan di kamera.

- Gambar yang menggunakan bounce flash adalah lebih cantik kerana cahaya adalah lebih rata dan uniform berbanding dengan direct flash yang menghasilkan gambar yang terang di tengah dan gelap di tepid an dengan keadaan cahaya yang agak terang dan kasar.

- Kesan halo untuk pergerakan dalam gambar ini bergantung kepada shutter speed (lebih tinggi shutter speed lebih kurang halo), ISO (ISO yang kurang menyebabkan sensor kurang sensitif kepada cahaya dan seterusnya menyebabkan shutter speed yang digunakan tidak mampu untuk mengumpul cahaya yang cukup dan menyebabkan exposure dari flash lebih dominan), kelajuan objek (lebih laju objek bergerak lebih panjang kesan halo dengan shutter speed yang disetkan iaitu 1/60th saat), aperture (aperture yang kecil menyebabkan sensor kurang kurang mendapat cahaya dan seterusnya menyebabkan shutter speed yang digunakan tidak mampu untuk mengumpul cahaya yang cukup dan menyebabkan exposure dari flash lebih dominan) dan tahap kecerahan persekitaran (lebih gelap persekitaran lebih berkurang kesan halo).

- Kuasa flash pada exposure ini tidak bergantung shutter speed kerana exposure flash adalah sekurang – kurangnya 1/900th saat iaitu jauh lebih cepat dari shutter speed 1/60th saat yang disetkan. Power flash bergantung kepada aperture (lebih kecil aperture lebih tinggi power yang perlu flash keluarkan) dan ISO(lebih kecil ISO lebih tinggi power yang perlu flash keluarkan) yang digunakan. Jadi janganlah gunakan nilai aperture atau ISO yang terlalu kecil kerana ada kemungkinan gambar akan underexposed dan membuatkan flash cepat kehabisan bateri. Dan untuk bounce flash, kuasa flash yang perlu digunakan juga bergantung kepada keadaan permukaan yang digunakan untuk bounce flash, contohnya tahap kecerahan atau pantulan permukaan, warna, jarak dan beebrapa factor lagi.

- Perhatian!! Tips untuk 1/60th saat ini berguna dalam rumah atau kawasan yang gelap sahaja dan tidak boleh digunakan dalam persekitaran yang terang yang memerlukan shutter speed lebih tinggi dari ini untuk exposure yang ideal. Kerana apabila digunakan dalam persekitaran yang terang akan membuatkan gambar menjadi overexposed. Setting ini saya gunakan untuk ambik gambar indoor contohnya wedding dan sebagainya.

- Harap semua dapat faedah dari tips ni. Cuba la tukarkan setting flash sync speed dalam menu kamera untuk dapat idea bagaimana kesan flash sync speed yang berlainan dan gambar yang dihasilkan. Kalau tak silap saya kamera entry level seperti D40, D40x, D60, D3000 dan D5000 tak boleh ditukar setting untuk flash sync speed, kalau tak silap saya settingnya dah fixed kepada 1/60th saat sahaja. Jadi jangan bimbang, shutter speed tu dah ideal untuk indoor menggunakan flash. Sekian, hargai kamera anda .

Contoh gambar :



Lampu bilik ditutup, keadaan bilik sangat gelap, flash direct ke kipas.



Lampu bilik ditutup, keadaan bilik sangat gelap, flash dibounce ke siling.



Lampu dibuka, keadaan bilik malap, flash direct ke kipas.



Lampu bilik dibuka, keadaan bilik malap, flash dibounce ke siling



Keadaan bilik dengan lampu bilik dibuka dan exposure disetkan sama seperti gambar - gambar lain, cuma flash tidak digunakan.



Gambar bilik yang malap dengan lampu dibuka dan tidak menggunakan flash, exposure ditambah sebanyak +2EV dalam editting.

Setting yang digunakan untuk setiap gambar adalah sama iaitu seperti berikut :

Shutter Speed : 1/60th sec
Aperture : f/5.6
ISO : 800
Focal Length : 50mm
Picture Control : Standard
White Balance : Auto
Metering : Center Weighted Metering

Kesimpulannya.. Exposure utama dalam keadaan bilik yang malam dan gelap sepenuhnya adalah ditentukan oleh kekuatan flash apabila shutter speed menjadi limit. Try la sendiri baru bleh faham sepenehnya.. Semoga semua mendapat faedah :)

Selasa, 2009 November 17

My New Service In Zahir Turion Photography

Assalamualaikum semua.. Hehe saya bercadang nak tambah satu lagi servis fotografi iaitu service yang berkaitan dengan scanning contohnya scan dari filem negatif atau filem positif ke digital, repair gambar yang dah fade, dah berkulat n sebagainya yang berkaitan dengan scanning.. Harga untuk servis - servis tu akan diletakkan dalam masa terdekat tetapi pastinya lebih rendah. Untuk permulaan dan contoh saya sertakan sekali gambar dari customer pertama saya untuk servis ini iaitu gambar sebelum dan selepas extensive editting. Gambar di bawah ni ambik masa lebih kurang 2 jam untuk disiapkan. Disebabkan gambar asalnya yang sudah hilang banyak detail maka saya tak dapat nak cover semuanya. Apepun enjoy the pics :)

Short Journey To KL


































Semua gambar di bawah ini adalah gambar HDR dari single exposure :



















Assalamualaikum.. Minggu lepas saya ke KL skejap, ada urusan skit.. So sambil2 tu seperti biasa la, bila kamera dah kat tangan ambik la gambar yang dapat hehe... Model kat atas tu bestfriend saye.. Die kurang pandai posing skit sbb die bukan model tp apepun saje2 je ambik gambar die, boring2 ambik gambar hehe.. So hope enjoy gambar2 ni :)

Ahad, 2009 November 08

Macam Mana Nak Dapat Tu, Macam Mana Nak Dapat Ni

Assalamualaikum.. Disebabkan malam ni susah nak tidur walaupun dah try tidur tapi takleh jugak jadi saya buat la post ni.. Berkenaan dengan fotografi jugak.. Seperti tajuk kat atas tu.. Post ni saya akan bagitau skit2 (kalau tak penat taip la) macam mana nak dapat seperti ape yang saya dan kebanyakan photographer lain dapat. Tp post ini ditujukan kepada sesiapa yang baru try dan berjinak2 dengan DSLR dan bukannya untuk pro2 dan otai2 sebab saya tahu kebanyakannya akan bertentangan dengan cara2 dorang sume ni... Dan sebahagian dari teknik2 di sini hanya sesuai untuk DSLR dan kurang sesuai dengan kamera2 yang kecik.. Post ni utk suka2 je hehe.. Dalam ketawa ada pelajaran kan? Harapnya begitula...

Macam mana nak dapat gambar sharp?

- Gunakan shutter speed yang lebih tinggi.

- Seeloknya guna tripod jika masa tidak menjadi penghalang, kalau tak ada tripod cari la benda lain yang kuat untuk menumpang tangan dan kamera contohnya bahu kawan, meja makan dan sebagainya.

- Gunakan fungsi VR, IS dan sebagainya pada lens atau kamera untuk counter pergerakan tangan dan badan yang terketar2 seperti terkena parkinson. Tp perlu diingatkan function ni hanya berkesan untuk counter movement pemegang kamera je. Bukan untuk counter pergerakan subjek yang bergerak. Fungsi ni sangat bagus sebab fungsi ni akan benarkan anda gunakan shutter speed sekurang2nya 4 kali ganda (2-stops) lebih perlahan dari biasa. Tp peringatan penting!! Jangan hidupkan fungsi VR bila guna atas tripod sbb komponen VR dalam lens tu akan tetap bergerak untuk counter pergerakan walaupun the whole system tak bergerak...

- Pegang kamera dengan betul.. Rasenye yang ni tak payah explain la kan hehe..

- Flash jugak boleh elakkan gambar dalam beberapa keadaan tertentu dari blur sebab cahaya flash yang keluar dalam masa yang singkat tu bleh freezekan pergerakan.. Tp dalam keadaan tertentu sahaja dan saya tak pandai nak explain kat orang pasal ni..

-Kalau tak perlu jgn stop aperture lebih2 contohnya kalau dalam megazine guna f/22 utk ambik landskap jgn la kita guna f/22 gak utk ambik gambar candid tanpa sebab yang logik sebab aperture sekecik tu perlukan shutter dibuka lebih lama untuk hasilkan gambar yang sama terang dengan aperture besar. Satu lagi bila aperture kecik sangat pembiasan akan menyebabkan gambar tu hilang sharpness.. Try la kalau tak caye hehehe.. Saye dah try...

- Make sure lens bersih dari segala kotoran especially cap jari.. Bila lens kotor gambar akan jadi kurang sharp kat kawasan yang kotor tu.. Lagi satu.. Bila guna lens kotor utk ambik gambar dalam keadaan cahaya yang ekstreme, gambar yang dihasilkan tu akan ada flare n ghost sbb cahaya dah berterabur masuk dalam lens dengan ange yang salah melalui kotoran tu.. So reflection dalam lens yang banyak komponen akan nampak ketara n teruk.. Seram~~~ Gambar memang tak cantik langsung la..

- Gunakan Picture Control atau Picture Style yang contrast dan sharpness tinggi.. So gambar akan "nampak" tajam.. Hehe yang ni saya saje2 je bagi idea.. Sbb just "nampak tajam".. Contohnya kalau gambar yang diambik dah ada handshake so xkan la gambar tajam kan? So kalau terdesak sangat apply la picture control macam ni.. Sekurang2nye sejuk skit mata memangdang walaupun dalam hati rase nak buang memory card.. Hehe..

- Prime lens lebih sharp dari kebanyakan zoom lens.. Hehe...

Macam mana nak dapat gambar yang ada background blur yang cantik?

- Paling senang beli lens telefoto dengan aperture besar contohnya lens 400mm f/2.8 sbb bila focal length panjang n aperture besar memang background blur tahap maksimum sbb Depth of Field memang shallow sangat2 iaitu hanya setebal beberapa sentimeter dari subjek yang difokus. Tp bukan semua orang mampu nak beli lens camni.. Kemungkinan saya kene hutang 3 orang along untuk beli lens 300mm f/2.8.. Hehe..

- Tahu ape syarat2 untuk dapat shallow depth of field.. Setakat saya tahu ada beberapa faktor iaitu saiz sensor (lebih besar sensor lebih shallow DOF berbanding sensor yang lebih kecil jika lens sama focal length), lens focal length (lebih panjang focal length lebih shallow DOF), jarak lens ke subjek (lebih dekat jarak lens ke subjek lebih shallow DOF), dan paling penting aperture (lebih besar aperture lebih shallow DOF). So kalau nak dapat gambar subjek sharp dengan background blur tahap maksimum anda kene gunakan kamera full frame atau sensor lebih besar, guna lens telefoto contohnya 200mm ke atas, dekatkan lens ke subjek dan jauhkan subjek dari background, gunakan lens aperture rendah.. Contohnya lens Leica 50mm f/0.95 (ni lens rekod dunia kot haha..), 50mm f/1.2 (harga RM6000 lebih, manual fokus plak tu), 200mm f/2, 400mm f/2.8.. Haha fikir la sendiri.. Yang penting kene tahu syarat2 utk dapat shallow DOF.. Ok? :)

- Edit dalam photoshop... Ni malas nak cite hehe..

Macam mana nak dapat gambar potrait yang cantik?

- Gunakan focal length maksimum untuk dapat potrait yang flat n dapat background yang blur. Contohnya kalau ada lens 18-135mm, ambik potrait guna focal length 135mm la sbb potrait akan nampak lawa bile flat.. kalau guna wide angle kene rapatkan lens ke dengan muka subjek.. Nanti muka akan nampak membulat di tengah.. Muka akan jadi macam belon atau ikan buntal yang nak meletup iaitu mulut n hidung besar telinga kecik hehe..

- Gunakan lens dengan aperture besar untuk isolate subjek dari background n timbulkan mood...

- Cari background yang simple dan sesuai dengan mood dan keadaan subjek. Simple lagi cantik dari berserabut..

- Fokus kat mata sbb kekuatan potrait adalah pada mata. Pernah ke jumpe orang ambik gambar potrait telinga tajam tp mata blur..

- Kalau nak senang n taknak fikir panjang ambik gambar potrait dari level biasa je.. Sbb kalau dari angle lain silap2 gambar tak cantik... So angle kene sesuai dengan subjek kalau nak tukar angle..

- White balance kene betul.. Dan warna hendaklah mementingkan skin tone.. Biar skin tone nampak hidup n hampir seperti yang kita lihat.. jgn la ambik gambar dengan skon tone subjek warnah kebiruan.. Nanti nampak macam mayat belu plak kan? So pandai2 la hehe..

- Ekspresi muka kene natural dan jangan dibuat2.. Caranya ada banyak untuk bagi nampak natural.. Tp paling senang kene banyakkan komunikasi dengan subjek.. Bagitau btol2 ape yang kita nak capai n arahkan die posing macam tu n macam ni.. buat subjek tu fikir masih banyak lagi masa supaya subjek tak fokus ke lain.. Cara saya bagi pengantin nampak natural just dengan suruh die posing n cakap relaks2.. Then wait a moment sampai mimik muka die dah kurang stress baru ambik gambar hehe..

- Lighting kene sesuai.. Kalau bleh bagi nampak soft lighting tu.. Maksudnya jgn bagi nampak ketara sangat perbezaan kawasan cerah n gelap.. Kalau nak nampak unik skit ambik gambar kat bawah sunrays ke, kat tepi tingkap ke.. Biar cahaya datang dari arah tertentu je.. Tp tak pasti la preference masing2 macam mane.. Terpulang kepada diri sendiri :)

Macam mana nak dapat gambar outdoor cantik dengan subjek manusia?

- Gunakan aperture yang sesuai.. Jangan gunakan terlalu besar atau terlalu kecik.. Biasanya saya gunakan aperture antara f/5.6 - f/11 untuk benda2 camni sbb kalau aperture kecik sangat flash tak cukup power untuk cover subjek n gambar jadi kurang sharp.

- Setkan Picture Control ke Vivid atau Landscape sebab kontras akan bertambah, saturation pun akan bertambah terutama warna biru dan hijau.

-Gunakan Matrix Metering Mode dengan exposure compensation disetkan ke -0.3EV untuk bagi langit warna biru pekat. Flash sync mode disetkan ke Slow Sync then flash exposure compensation disetkan ke antara -1.0EV ke - 1.7EV. Flash disetkan ke negatif supaya cahaya flash hanya bertindak sebagai fill light sahaja dan cahaya matahari sebagai main light.

- Untuk bagi warna cantik ambik gambar dengan membelakangkan matahari. Waktu yang sesuai untuk langit biru biasanya pada pukul 2.00 - 5.00 petang.

- Gunakan circular polarizer untuk buat langit jadi super biru gelap yang cantik..

- Jika boleh ambik gambar the whole body dengan landscape sekali sebab kalau just ambik bahu ke atas nampak macam tak cukup syarat bila ada space yang lebih dalam gambar tu diisi dengan pemandangan landscape.. Hehe yang ni terpulang la ye :) .. Tp kalau nak cantik try la ambik low angle shot, guna lens dengan setting paling wide.. 

Macam mana nak buat exposure lebih dari 30 saat?

- Setkan kamera ke mode Manual, then pusing mode dial tu sampai shutter speed value jadi "Bulb" atau "B".

- So lepas tu untuk ambik gambar lebih dari 30 saat, katakan 40 saat, tekan la shutter release button tu dan jangan lepas sampai 40 saat, bile dah 40 saat baru lepas sebab shutter akan terbuka selagi shutter release button ditekan. Tapi perlu diingatkan bila shutter terbuka lama, apabila kita menyentuh kamera kemungkinan besar kamera tu akan bergerak atau bergegar n hasilnya gambar blur.

- Sebab tu long exposure guna remote control.. Dengan remote control kita tak perlu menyentuh kamera dan menyebabkan kamera bergegar.

- Untuk D40 dan beberapa model seperti D5000, D3000 dan setaraf dengannya remote control yang digunakan adalah Infrared RC. So perlu setkan kat menu "release" tu n pilih remote control release yang ada lambang benda petak kecik yang pancarkan gelombang tu.

- Untuk D70 dan ke atas gunakan kabel sync, so sambung la ke body kamera.

- Jangan lupa ambik penyukat masa cam stopwatch n kira masa yang diperlukan.

- Tekan remote control ata shutter release button kat remote tu utk bukak shutter n lock utk kabel then biar la sampai beberapa saat yang diperlukan.

- Then bila dah cukup masa tekan lagi skali remote control atau buka release cable lock. So shutter tertutup balik..

- Saya rekemenkan on kan function Long Exposure Noise Reduction. Sebab nanti noise memang banyak kalau turn off function ni.. Tp masa ambik gambar pun bertambah sebab function ni akan tambahkan lagi masa menunggu sama dengan berapa saat kita expose gambar tu.. Tp hasilnya berbaloi..

- Kalau bleh guna ISO paling rendah dan aperture sesuai. Untuk subjek di infitinit cam bintang bleh je guna aperture paling rendah sbb DOF objek jauh memang unlimited la. Cuma perlu stop skit utk kurangkan "coma" yang disebabkan spherical abberation. Biasanya untuk bintang saya guna f/4 dan kadang2 f/2.. try la tgk camane efeknya hehe... 

Bersambung lagi la.. malas dah nak taip hehe.. Kalau ada salah silap maaf la ye.. Harap sume dapat faedah :)

Sabtu, 2009 November 07

Outing Dengan Geng2 Photosantai









































Assalamualaikum.. Sebahagian daripada gambar yang diambil semasa outing tadi.. Nanti ada masa upload lagi hehe.. Sebab broadband dah hbs limit.. Hehe kepada geng2 photosantai nanti saya uploadkan kat forum ye :) .. Apa pun.. Best outing tadi n sori sebab saye kene balik awal.. Hantar jiran ke sbb die ada hal.. Time kasih ye.. Lain kali outing lagi :)

Jumaat, 2009 Oktober 30

Nikon CLS & Landscaping


Gambar Atas : Satu SB-600 dari sebelah kiri dan built in flash di D300 dari depan. Exposure untuk flash dan total exposure dah tak ingat hehe..


Ni pun sama macam atas la hehe..


Sape la yang gedik ni... Ish3.. Ni la photographer gedik hehe...


Jiran saya melompat keriangan... Fuh!!


HDR gambar sunset dari tambak laut Kuala Terengganu..

Pernah ambik gambar landscape dengan ISO2000? Try la.. Hehe ada nampak noise dalam ni? Tak nampak kan hehe.. Sebab gambar ni kecik.. Then saya underexposedkan skit masa edit.. So noise dapat dicover hehe..

Selamat berenjoy dengan gambar2 ni hehe :)

Khamis, 2009 Oktober 29

Better Picture At High Sensitivity (ISO)


ISO3200 (Nikon D300)


ISO6400 (Nikon D300)

Assalamualaikum semua. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai perkara yang saya janjikan dalam post - post terdahulu tentang bagaimana untuk mendapatkan gambar yang lebih elok berbanding biasa ketika penggunaan sensitiviti (ISO) tinggi. Maksud saya High ISO di sini adalah pada nilai ISO1600 dan ke atas dan hanya spesifik untuk DSLR. Saya tidak tujukan post ini kepada kamera compact kerana banyak kekurangannya dan penggunaan High ISO pada kamera compact adalah sangat tidak praktikal.

Seperti kita semua sedia maklum, apabila sensitiviti sensor dinaikkan iaitu ISO dinaikkan terlalu tinggi noise akan muncul dalam gambar yang diambil. Noise itu disebabkan 2 perkara. Iaitu yang paling utama adalah kebocoran signal di antara photodiode di atas sensor, sebenarnya kebocoran memang ada tetapi tidak dapat dikesan kerana pada ISO rendah nilai S/N ratio adalah sangat tinggi, maka pecahan error disebabkan kebocoran sangatlah sedikit dan boleh diabaikan, tetapi apabila dalam keadaan kurang cahaya nilai S/N ration adalah sangat rendah dan pecahan noise adalah lebih tinggi, pada ketika ini kamera akan tingkatkan proses amplify data untuk dapatkan nilai signal yang diingini. Apabila diamplify bukan sahaja signal yang dibesarkan, noise pun turut sama dibesarkan dan semakin ketara.

Faktor kedua adalah disebabkan sensor panas menyebabkan berlaku kebocoran cas yang sangat ketara di antara photodiode. Keadaan sensor panas ini hanya berlaku semasa long exposure sahaja seperti exposure 30 saat untuk mengambil gambar bintang di langit dan sebagainya. Namun dalam post kali ini saya tidak bincangkan tentang faktor kedua ini. Hanya faktor utama yang dibincangkan.

Noise pula ada 3 jenis iaitu chroma, luminance dan grey noise. Namun syarikat pengeluar kamera sekarang sudah semakin maju dan tahap chroma noise dikurangkan, begitu jugak dengan luminance noise. Saya masih tak dapat idea macam mana untuk terangkan semua ini kepada anda semua kerana saya faham tapi saya tak tahu cara untuk terangkan hehe.. Nanti la dalam post lain saya terangkan.

Perasan tak gambar di atas? Gambar di atas adalah gambar pada ISO3200 dan ISO6400 kamera Nikon D300 iaitu sensor DX atau hampir sama dengan sensor APS-C Canon. Seperti kita semua tahu untuk sensor bersaiz ini ISO3200 dan ISO6400 adalah sangat tinggi dan noise adalah musuh utama pada ketika ini.

Cara untuk kurangkan Noise dalam gambar :


- Shoot RAW : Sebab kita bleh adjust semua parameter utk kurangkan noise pada tahap optimum iaitu kurangkan noise tanpa korbankan banyak detail.

-Shoot slightly OVEREXPOSED / Expose To The Right : Yup!! Overexposed skit antara +0.7EV hingga +1.3EV supaya kita boleh gelapkan balik semasa editting dan apabila digelapkan noise akan berkurang dengan ketara. Namun harus diingat apabila overexposed gambar akan hilang detail dalam highlight. Jadi cara untuk kurangkan kehilangan detail pada highlight contrast perlu disetkan kepada minimum. **Tips ni kurang praktikal kerana kita naikkan ISO untuk tambahkan shutter speed untuk freezekan motion atau nak elakkan hand shake tetapi apabila dioverexposed beberapa stop makan shutter speed akan berkurang jugak, jadi lebih baik gunakan ISO yang lebih rendah.**

- Gunakan ISO sekadar mencukupi : Jangan setkan ISO yang terlalu tinggi yang melebihi keperluan kita seperti keadaan sebenar yang memerlukan hanya ISO3200 tetapi kita shoot ke ISO6400, tu namanya kurang waras. Tak ada photographer yang nak gambar banyak noise.

- Jangan stop lens berlebihan : Maksud saya disini janganlah stopkan aperture lens lebih dari yang diperlukan untuk memastikan penggunaan ISO yang rendah. Contohnya jika nak ambik gambar kertas yang flat di atas lantai gunalah aperture besar contohnya f/4, janganlah guna f/22 sebab kertas tu rata, hanya sedikit DOP yang diperlukan, f/4 dah mencukupi.

- Gunakan fast lens (aperture besar, nilai f kecik) supaya dapat kumpul cahaya yang lebih banyak dan seterusnya mengurangkan penggunaan ISO tinggi.

- Aktifkan function VR (Nikon) atau IS (Canon) : Funtion ni membolehkan kita shoot pada 2 - 4 stop lebih slow dari biasa. Kalau dikira boleh menambahkan speed shutter antara 4 - 16 kali ganda. Maknanya nilai ISO boleh dikurangkan kerana fuction VR membolehkan gambar diambil pada shutter speed yang lebih slow.

- Gunakan software editting yang dibekalkan dengan kamera anda untuk peringkat memproses file dalam format RAW kerana software yang disertakan itu memang khas dan spesifik untuk mendapatkan 100% kualiti dari kamera anda. Penggunaan software third party seperti Adobe Camera RAW tidak mampu mendapatkan 100% kualiti dari kamera anda. Ibarat kata pepatah "Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam".



Dah letih taip ni hehe :p .. Kepala dah pening.. So nanti la saya buatkan post lagi.. Sebelum itu saya nak kongsikan apa yang saya fikirkan dengan anda semua, semoga anda semua dapat menghayatinya dan menilainya sendiri.. Berikut adalah apa yang saya fikirkan selama ini :

"Syarikat - syarikat pengeluar kamera akan menyertakan sekali gambar sampel yang diambil menggunakan kamera yang sedang mereka promosikan. Kalau anda perasan jarang syarikat - syarikat besar ni iklankan gambar sampel ISO tinggi yang diambil menggunakan kamera tersebut. Paling tinggi pun sekadar ISO400, biasanya ISO100 dan ISO200. Namun ada jugak kadang - kadang syarikat seperti Nikon atau Canon yang sertakan sekali dalam brochure atau website gambar sampel dengan ISO tinggi, tapi anda perasan tak biasanya gambar ISO tinggi ni dorang letakkan sebagai gambar kecik sahaja. Kenapa? Sebab kalau gambar kecik kita tak akan nampak jelas noise tu dan kita akan nampak gambar tu tajam dan "clean". Cuba kalau dorang besarkan gambar tu sebesar 5 inci x 7 inci, memang nampak ketara la noise tu. Fikir - fikirkanlah"

Sebenarnya ada banyak lagi nak kongsi tapi dah mengantuk n tak larat. So saya harap semua dapat faedah dari post ini :) Be happy :) Senyum :)