Assalamualaikum semua.. Dah lama sangat -sangat saya tak update kandungan blog ni. Saya agak kesuntukan masa disebabkan jadual yang tak menentu dan pekerjaan yang tak disangka - sangka, lagipun saya masih lagi setahun jagung dalam alam perkahwinan jadi banyak yang perlu diberi perhatian.
Alang - alang ada internet boleh la saya update blog ini walaupun agak merapu. Sehari dua ini memang sibuk dengan jadual wedding disebabkan ramai pasangan yang berkahwin pada cuti sekolah. Jadi apa lagi sebagai wedding photographer semestinya turut terlibat. Apapun di sini saya uploadkan sekeping gambar dari gambar yang diambil pada pagi tadi. Keadaan cuaca di Terengganu agak panas jadi agak mencabar untuk tumpukan perhatian dalam cuaca sebegini.
Sememangnya saya sendiri agak excited dan tak sabar untuk melihat sendiri bagaimana hasilnya setelah touch up dilakukan. Gambar asal kelihatan OK namun saya sendiri tidak berpuas hati jadi lepas godek situ godek sini jadilah macam ni. Ala - ala korea la katakan. Tapi MyVi. Apa salahnya. Kita orang Malaysia. Sekian sahaja hari ini.
Mohd Zahiruddin Zolkifeli
Zahir Turion Photography (TR0100122-P)
www.zahir-photography.blogspot.com
zahir_turion@yahoo.com.my
