
Assalamualaikum semua. Kali ini saya ingin kongsikan pendapat saya mengenai kedua - dua item yang saya sebutkan di atas. Ramai dari kita tak menyedari bahawa apa yang paling penting adalah buku manual yang didatangkan secara percuma dengan kamera DSLR yang kita beli.
Baiklah, ramai yang selalu mengatakan buku manual itu sukar difahami kerana ianya dalam bahasa inggeris. Apa nak ditakutkan dengan bahasa inggeris? Sebenarnya tak sukar untuk memahaminya. Buku manual DSLR direka supaya bahasa inggerisnya ringkas dan mudah difahami. Ianya tidak menggunakan istilah yang terlalu kompleks. Jika anda pernah menamatkan persekolahan hingga tingkatan 5 bererti anda mampu memahaminya.
Adakah anda tahu hampir kesemua kandungan kursus basic DSLR dan beberapa lagi kursus lain direka berdasarkan info - info dari buku manual DSLR? Jadi kenapa anda bazirkan duit jika anda tidak mengkajinya terlebih dahulu? Buku manual DSLR direka dengan susunan mengikut keutamaan untuk mengendalikan kamera secara mudah dan cekap. Anda tidak perlu membaca sehingga setengah buku untuk mahir DSLR malah anda hanya perlu membaca tidak sampai suku dari buku manual untuk menjadi jurugambar yang cekap.
Anda akan menghadapi masalah jika anda ke kursus tanpa mengetahui terlebih dahulu siapa dan bagaimana DSLR anda. Matlamat kursus adalah memahirkan anda dan bukannya mengenalkan anda kepada kamera anda. Lagipun semua yang diajarkan di kursus tidak dapat dimuatkan sekaligus dalam kepala terutama jika anda tidak mengenali sepenuhnya DSLR anda. Jika anda mampu ingat 50% dari keseluruhan kursus itu sudah dikira bernasib baik.
Apa yang lebih baik adalah anda :
1) Pegang DSLR anda dan perhatikan kesemua button dan apa yang ada di situ.
2) Ambil beberapa atau banyak keping gambar dengan menggunakan idea awal anda. Jangan risau jika gambar anda ambil tidak cantik dan hancur kerana dari sinilah bermula peringkat pembelajaran.
3) Baca buku manual berkenaan kawalan Aperture, Shutter Speed dan ISO. Pastikan anda guna pakai secara langsung apa yang anda pelajari kepada DSLR anda. Pastikan anda fahami teori dari buku manual dan amalkan terus dengan DSLR anda (praktikal).
4) Gunakan mode A atau M untuk mengambil gambar dan cuba satu persatu kesan gambar yang terhasil apabila salah satu dari nilai Aperture, Shutter Speed dan ISO diubah.
5) Teruskan mencuba dan baca lagi dari buku manual anda.
6) Teruskan dan jangan berputus asa.
Dapatkan E-Book Asas DSLR & Fotografi (Basic & Advance Tips) dalam Bahasa Melayu dari Zahir Turion Photography serendah RM30 di sini : ------> E-Book Asas DSLR & Fotografi (Basic & Advance Tips) dalam Bahasa Melayu
With Regards,
MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography (TR0100122-P)
www.zahir-photography.blogspot.com
www.zahir-turion.blogspot.com
zahirturionphotography@yahoo.com
09-7642895
013-6249013
MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography (TR0100122-P)
www.zahir-photography.blogspot.com
www.zahir-turion.blogspot.com
zahirturionphotography@yahoo.com
09-7642895
013-6249013

0 komen:
Catat Ulasan
Komen la ape2 pun.. :) Time kasih :)