Perkara pertama yang saya buat lepas dapa D40 tu ialah say abaca sekali lalu buku manual untuk tau spec penuh dan perkara2 yang menarik perhatian saya. Kemudian say abaca skali lagi sambil kamera di depan saya untuk try satu persatu yang buku manual tu tunjukkan. Then saya baca menu advance supaya saya lebih faham menu yang basic kerana menu advance tu adalah lanjutan dari menu basic.
Selepas itu saya pegang kamera tu dan try shoot satu persatu mode P, S, A dan M supaya saya dapat tahu apa perbezaan dari segi menu dan kawalan. Contohnya saya set ke mode A dan tekan2 n pusing2 main dial n baru saya tahu benda tu untuk kawal f. Begitu jugak dengan mode lain. Kalau saya tak faham saya akan refer buku manual anytime.
Pada minggu pertama apabila saya tidak memegang kamera saya akan baca buku manual supaya saya tak tertinggal apa yang ditunjukkan (mana la tau kot2 ada rahsia2 setting) dan saya bleh faham cara untuk kendalikan DSLR tanpa berfikir panjang. Dan untuk menggalakkan saya memahami kamera saya itu saya set dalam otak kamera saya itu adalah kamera paling berteknologi dan saya perlu tahu teknologi yang kamera tu ada supaya saya tak kagum dengan kamera lain. So secara tak langsung saya dapat motivasi untuk mempelajari selok - belok berkenaan kamera tu.
Dan untuk pengetahuan anda saya juga menghafal hampir semua catalog dan brochure DSLR brand lain. Dan saya ingat semuanya termasuk lens dan sistem aksesorinya sekali. Termasuk cara untuk kendalikan kamera2 lain. Semuanya berpandukan catalog dan buku manual online. Bukan ape pun, saya Cuma sediakan paying sebelum hujan. Mana la tau nanti kalau saya tgh shoot wedding tibe2 kamera Nikon saya rosak, boleh saya guna Canon tanpa pening2. Dari information2 yang saya ada ni saya boleh bersedia dari awal n insyaAllah kalau ada orang kurang faham berenaan kamera masing2 saya boleh tolong jelaskan.
Then saya selalu keluar untuk mengambil gambar. Saya ingin pastikan apabila saya nak capture gambar yang saya inginkan saya tak perlu fikir panjang, Cuma jari je yang bergerak untuk adjust setting kamera. Saya boleh buat begitu sebab saya dah faham seluruh fungsi dan cara pengendalian kamera.
So ni la teknik senang untuk mahir DSLR dengan cepat mengikut pendapat saya :
- Baca buku manual berulang2 kali dan faham sepenuhnya fungsi – fungsi kamera dan yang paling penting hafal dan faham cara untuk mengubah Aperture, Shutter Speed dan ISO. Sebab 3 perkara tu sangat penting untuk menghasilkan gambar.
- Jangan baca sekadar baca. Pastikan DSLR ada sekali untuk mencuba kesannya, kemudian ingat rule yang kita dapat rumuskan dari ujian itu. Tu la basic rule untuk operate DSLR.
- Pastikan anda mahir cara untuk mengubah Aperture, Shutter Speed, ISO, Focus Mode (AF-A, AF-S, AF-C, M), Focus Area (Dynamic, Single dan Auto Area), Focus Point.
- Then selalu shoot gambar. Kata orang Melayu “Practice Make Perfect” . Btol2.. saya tak tipu. Dulu gambar saya semuanya hancur dan kelam kabut. Tapi sejak 2002 hingga sekarang saya dah shoot lebih 150000 keping gambar dan Alhamdulillah dah makin baik. Adalah menjadi perkara normal jika anda baru menggunakan DSLR dan mendapat gambar yang tak seberapa. Paling penting jangan putus asa dan teruskan shoot gambar. InsyaAllah nanti mahir.
- Jangan kedekut ilmu. Kalau kedekut ilmu nanti Allah tarik balik. Tak dinafikan ada segelintir photographer yang kedekut ilmu. Memang la ada sesetengah perkara tak boleh share sebab untuk menjaga ketinggian nilai ilmu tu (contohnya tips lighting power2 dan tips instruction posing) supaya orang tak guna dengan sewenang2nya sampai ilmu tu menjadi tak berharga. Tapi kalau dah tanye camane nak set aperture untuk blurkan background pun taknak bagitau memang kedekut la tu. Saya berpegang dengan 1 prinsip. Ilmu yang saya ada adalah dari Allah dan bukan hak saya, kalau saya kedekut nanti kena tarik balik, kalau saya kongsikan insyaAllah nanti makin bertambah ilmu yang sedia ada. Saya mintak kepada anda semua jika anda dah mahir sila la kongsikan jika ada orang bertanya, tak salah kita share kerana kita akan lebih faham nanti.
Kenapa saya belajar sorang2? Kenapa tak tanya orang lain? Adakah saya sombong?
- Sebabnya saya dah cuba bertanya namun mendapat keputusan negative dalam kebanyakan perkara. Biasalah bila dah bertaraf otai2 ni memang susah skit la. Kononnya kene menjaga status dorang, takleh bergaul sangat dengan newbie sbb nanti jatuh saham n bocor rahsia fotografi dan mungkin juga ada yang berpendapat newbie ini akan mengatasi dorang satu hari nanti. Saya bukannya bertanya tentang teknik2 rahsia Cuma bertanya nak guna shutter speed, aperture dan ISO berapa untuk ambik gambar dalam situasi yang tertentu. Tanya sepatah jawab sepatah, last2 saya fed up then saya tekad untuk belajar sendiri2 n buat eksperimen sendiri berpandukan buku manual dan gambar2 yang telah saya ambil. Cara saya belajar agak rumit dan terbalik dari orang yang pergi kursus fotografi.
Orang yang ke kursus fotografi diberikan basic2 dan rules pada mulanya dan dikehendaki apply basic dan rules tu dalam kursus dorang supaya dorang dapat menyesuaikan diri dengan basic2 dan rules tu. Tapi saya sebaliknya. Saya sudah menggunakan basic dan rules tersebut pada mulanya dan barulah saya menyedari apa intipati (basic dan rules) penting fotografi setelah biasa dan merujuk gambar2 yang saya ambik. Cuma saya tak menyedarinya sebab saya dah biasa gunakanna. Jadi setelah saya mendapat basic dan rules dgn cara begitu memang saya sangat hargai la sebab benda tu tak boleh dapat dengan wang ringgit. Walaupun kursus dapat tapi tak sama sebab segala penat lelah kita mendapatkannya berbaloi dan telah bersebati dgn diri kita.
Kenapa saya kurang galakkan anda semua menghabiskan duit ke kursus Basic DSLR jika anda masih belum membaca sepenuhnya buku manual DSLR anda?
- Sebabnya hampir 80% perkara yang diajar dalam kursus tersebut boleh didapati dengan mudah dalam buku manual, Cuma pengguna DSLR sahaja yang malas untuk mencarinya. Selebihnya yang kita boleh dapat dari kursus tu adalah keyakinan untuk kita explore DSLR tu dan keyakinan utk mengambil gambar. Bab2 composition, angle dan beberapa perkara lagi akan diterangkan dalam kursus tetapi jika anda rajin anda boleh mendapatkannya secara percuma dari pengalaman anda shoot gambar dan sesi sembang2 bersama2 geng2 photographer. Jadi berbaloikah anda belanjakan hampir 80% dari duit bayaran kursus anda untuk kandungan manual yang telah sedia ada tetapi tidak membacanya? Tetapi ini hanya sekadar pandangan saya, tidak bertunjuan untuk menyinggung mana2 pihak. Tepuk kamera tanye sensor.. Haha.. Sebenarnya anda hanya bazirkan duit sendiri untuk ke kursus DSLR jika tidak memahami betul2 buku manual.
Disebabkan pengalaman silam saya yang gelap ketika ingin mempelajari bidang fotografi inilah sebabnya saya mewujudkan blog untuk berkongsi tips2 mengambil gambar supaya anda akan lebih yakin untuk explore sendiri dunia fotografi dan berkeyakinan dengan diri anda dan gear yang anda ada..
Sekian terima kasih.. Harap semua dapat faedah. Semua dalam post ini adalah pandangan dan pengalaman saya dan tidak bertujuan untuk menyinggung perasaan mana – mana pihak. Buang yang buruk, ambil yang jernih. :)
Sedikit gambar2 hari ini :




Selamat berfotografi…
:)
PROMOSI!! Dapatkan E-Book Basic Photography (dalam format PDF) dalam bahasa Melayu dari Zahir Turion Photography dengan harga RM30 (harga sebenar RM50) sahaja!! Sentiasa diupdate secara percuma kepada subscriber sehingga lengkap dan dapatkan juga tips2 wedding!!! Promosi berakhir 30/10/2011 ini!! Hubungi ZTP di talian 013-6249013 sekarang!!! Atau sila ke link berikut!!! --> E-Book Basic Photography
