











Assalamualaikum.. 2 hari lepas iaitu pada hari Jumaat seorang rakan yang saya kenali melalui forum dan juga viewer blog saya datang ke Terengganu. Kami sempat berjumpa walaupun dalam tempoh yang agak singkat. Hairi adalah pengguna Nikon dan dia menggunakan D90. So apa lagi bila jumpe terus la sembang2 tentang banyak perkara. Tapi yang paling seronok apabila saya berkesempatan untuk menggunakan lens AF Nikkon 85mm f/1.8D miliknya. Wow!! Bokeh power beb haha.. Cantik gambar - gambar yang diambil guna lens tu. Saya dah diracuni. Tapi saya sebagai wedding photographer memang nak sangat - sangat lens macam tu utk hasilkan potrait yang flattering. Memang la lens AF 135 f/2 DC lagi bagus untuk potrait sbb ada function Defocus Image Control yang boleh mengawal ciri - ciri bokeh yang dihasilkan tapi untuk harga RM1600 lens 85mm f/1.8 ni sangat berbaloi. Lagipun focusing sangat cepat, sama macam 50mm f/1.8. Tapi untuk pengguna kamera D40, D40x, D60, D3000 dan D5000 perlu diingatkan bahawa lens ni tak boleh autofokus dengan kamera - kamera tersebut. Kebanyakan gambar yang saya ambil dalam post ni adalah dengan lens 85mm
