Promosi!! Photoshoot Di Genting / Cameron Highland Serendah RM350!!

Hot!! Sesi pre/post wedding photoshoot di Genting Highland / Cameron Highland serendah RM450!! (promosi tempahan berakhir 31 Julai 2012, selepas tempoh promosi harga yang ditawarkan adalah RM650). Anda bebas menempah mana - mana tarikh sehingga akhir tahun 2012. Hubungi ZTP segera di talian 0136249013. Hanya 10 slot dibuka!!! TQ :)

DVD Tutorial RAW Editting Menggunakan Adobe Camera RAW dari Zahir Turion Photography!!!

PROMOSI!!!

Saya akan terbitkan satu DVD video tutorial lengkap mengenai RAW editting yang meliputi kaedah dan tips - tips rahsia untuk menghasilkan gambar yang terbaik serta berkualiti tinggi menggunakan Adobe Camera RAW!!! DVD dijangka akan mula dijual pada akhir bulan Mei dan kaedah penghantaran adalah menggunakan courier. Cepat!!! Rebut sekarang!!! Setiap tempahan yang dibuat sebelum 25 Mei 2012 layak mendapat harga istimewa iaitu RM15 untuk pembeli E-Book (RM25 selepas tempoh promosi) / RM25 untuk bukan pembeli E-Book (RM40 selepas tempoh promosi). Cuma bank in kan ke akaun Maybank 113015197839 Mohd Zahiruddin Zolkifeli.

Jangan lupa untuk SMS perkara berikut :
1) Nama penuh.
2) No. Telefon.
3) Alamat e-mel.
4) Alamat kediaman / surat-menyurat.

Promosi berakhir pada 25 Mei 2012 jadi pastikan anda cepat!!! Hubungi ZTP di talian 013-6249013. TQ

E-Book Basic DSLR Dalam Bahasa Melayu Dari ZTP Hanya Serendah RM30!!!


Photobucket




Perhatian!!! E-book basic DSLR dalam bahasa melayu dari Zahir Turion Photography!! Dapatkannya sekarang sementara promosi masih berjalan pada harga RM30!!! Untuk membelinya mudah sahaja. Sila bank in RM30 ke akaun CIMB 13020123373528 atau MAYBANK 113015197839 (Mohd Zahiruddin Zolkifeli) dan sila hubungi ZTP di 013-6249013 dan pastikan anda simpan slip transaksi. TQ!! :)

Tips - Tips Fotografi

Selasa, 20 Oktober 2009

Nikon D3000


Assalamualaikum... Baru2 ni ada viewer blog yang bertanyakan mengenai model DSLR terbaru Nikon iaitu Nikon D3000...

Seperti semua sedia maklum model D3000 atau berdigit Dxxxx iaitu berdigit 4 angka maka dengan sendirinya kita akan tahu bahawa model itu disasarkan kepada golongan permulaan iaitu entry atau beginner level.

Kelebihan D3000 :

- Murah : Yup!! Harga sangat murah.. Harga dengan kit lens Nikkor AF-S 18 - 5mm f/3.5 - 5.6G hanya lebih kurang RM2200. Harga DSLR (format 35mm) bermula dari RM1600 - RM30000. Jadi kalau RM2000 dah kira sangat murah sebab kamera yang berharga bawah dari RM2000 dah susah nak cari sekarang.

- Guide Mode : Mode ni memang bagus untuk permulaan. Tp bagi saya sebagai orang dewasa (bukan bermaksud untuk berlagak tapi untuk membezakan antara peringkat persekolahan, pelajar, pekerja dan seorang dewasa) saya rasa mode ni hanya ditujukan untuk budak - budak sekolah yang baru kenal DSLR. Dan bagi orang dewasa yang baru kenal DSLR memang tak perlu sebab bagi fikiran yang sudah matang secara automatik kita akan berfikir secaralogik tentang bagaimana untuk mendapatkan apa yang kita inginkan dari kamera itu. Contohnya sebelum seseorang tu beli DSLR mesti die dah banyak bertanya dan mengetahui asas -asas teknikal DSLR (walaupun sebenarnya asas ni bukan untuk DSLR sahaja) seperti aperture, shutter speed, ISO dan beberapa benda asas lagi. Pada fikiran saya tak ada orang yang beli DSLR tanpa sedikit pengetahuan pun. Sebagai penjelasan, mode GUIDE dalam Nikon D3000 adalah untuk mengajar cara untuk set kamera untuk mengubah hasil akhir gambar yang dihasilkan. Mode ni ajar pengguna bagaimana kesan mengubah aperture, shutter speed dan beberapa lagi pembolehubah lain terhadap gambar yang dihasilkan. Contohnya, gunakan aperture besar (nilai f kecil) untuk dapat background blur dan untuk menghasilkan gambar yang lebih cerah. Tu semua bagi saya tak perlu. Try n error pun dah cukup...

3) Ringan : Yup!! Kamera ni ringan.. Sangat ringan.. iaitu 485 gram.. Cuma sedikit berat berbanding Nikon D40.. Kamera ni kecil dan ringan.. Kalau nak gantikan kamera Point n Shot memang bleh..

Kekurangan :

1) Active D-Lighting : Disebabkan kamera ni bukan high spec iaitu entry level sebagaimana Nikon D60 dan D5000 maka apabilah fungsi ADL dihidupkan keseluruhan kelajuan kamera akan berkurang, kerana masa yang lebih diambil untuk memproses gambar RAW untuk dialter tone curvenya sebelum ditukar ke format JPEG. Masalah ini terjadi disebabkan iamge processor yang slow seperti Nikon D60 dan yang setaraf dengannya. Jadi tepulang kepada anda untuk menggunakannya atau tidak. Jika kelajuan mengambil gambar diutamakan function ini perlu di offkan.. Jangan keliru antara D-Lighting dan Active D-Lighting. ADL apply tone curve semasa gambar masih dalam RAW sebelum ditukar kepada JPEG manakala D-Lighting pula adalah salah satu feature dalam menu kamera untuk "edit" gambar JPEG yang sudah diambil di dalam kamera. Jadi tentulah Active D-Lighting lebih baik... Nikon D3000 pun ada D-Lighting tapi seloknya jangan guna hehe..

2) Tak ada function Live View.. So benda ni memang dah expect awal - awal lagi sbb harga akan naik kalau letak fucntion ni di dalam D3000...

3) Kemungkinan cepat boring dengan kamera ni sebab terlampau basic.. Seperti ditujukan kepada beginner golongan "student secondary school" berbanding kepada beginner golongan "mature".. Hehe saya tak pernah guna lagi tapi saya rasa macam tu la kot sebab siap ada function guide lagi... Kalau orang yang beginner nak guna DSLR pun mesti la die dah ada ilmu skit pasal basic2 seperti shutter speed, aperture, ISO dan beberapa perkara lagi. Jarang saya jumpa orang beli DSLR tanpa sedikit pengetahuan then lepas beli baru start belajar. biasanya dah belajar skit, beli then praktikkan, then belajar lagi utk tambah skill.. Huhu.. Ntah la, tapi bila saya pernah guna sendiri insyaAllah saya akan huraikan lagi.. Sbb no experience no talk.. hehe.. so saya tak berani lebih2 hehe..

Tak Ada D-Movie : Hehe sape nak D-Movie kalau xleh nak autofokus.. Susah la nak rekod movie kalau kene manual fokus sebab sensor DSLR lbh besar dari sensor video camera biasa.. So DOF memang shallow sangat2.. Imagine la macam mana nak rekod movie yang best.. Even nak rekod suasana open house dalam footage 1 minit pun dah berpeluh peluh dah sbb nak bagi sharp fokus hehe.. D300 xde movie sbb harga murah.. Kamera yang paling murah ada D-Movie adalah Nikon D5000...

Spesification (Ulasan) :

10MP : Ni sbenarnya lebih dari cukup utk segalanya2 bagi orang yang beli Nikon D3000.. Sbb kita akan tahu orang beli Nikon D3000 bukan dedicatekan hidup dia untuk dapatkan gambar paling berkualiti dari kamera. Even gambar 6MP D40 pun dah cukup utk segalanya. Saya pernah print gambar landscape 6MP dari Nikon D40 sebesar 12inci x 15 inci.. Memang hasilnya "awesome". kebanyakan kita tak mampu dan jarang print gambar lebih dari 8R (8 x 12 inci) so xpayah berkira sangat pasal saiz megapiksel.. 10MP dah kira cukup.. Kecuali kepada sesiapa yang kurang pandai compostion yang crop berlebihan. Tp sbenarnya benda ni perlukan skill.. Makin lama skill makin tinggi, so dah xperlu banyak sangat cropping..

11Autofocus Point With 3D-Tracking : Pernah dengar Rule of Third? Yup!! Kesemua 11 fokus point ni bleh cover authority point dalam Rule of Third. So sbenarnya anda bleh belajar camana nak dapat composition yang bagus just hanya dengan susunan titik fokus dalam viewfinder.. Tp tu bukan pointnya.. Sbenarnya 11 focus point dah "excellent" utk general photography. Saya tak pasti ada berapa cross AF point dari 11 sensor ni tp yang pastinya focus point di tengah2 adalah cross type.. Ada 2 jenis beberapa jenis AF point antaranya ialah cross type (lebih sensitif, bleh autofokus dgn lens yang maksimum aperture f/5.6) dan kebawah, dan vertical/horizontal type (kurang sensitif, just bleh fokus dgn lens yang maksimum aperture f/2.8 dan kebawah). Tp biasanya cross AF sensor hanya diletakkan di tengah2. Sbb tu la fokus point di bahagian lain dalam viewfinder tu fokus lambat n kadang2 kurang tepat. 3D-Tracking bagus utk lock AF atas objek yang bergerak ataupun lock target untuk alih kedudukan subjek dalam frame tanpa perlu recompose. Dari review yang saya baca AF speed untuk D3000 adalah cepat dan lebih laju dari Nikon D40.. Jadi apa lagi yang diperlukan.. Semuanya dah cukup..

ISO 100 - 1600 (ISO 3200 (Hi) : Disebabkan kamera ni terlampau murah dan entry level so teknologi sensor adalah murah jugak. Dari review yang saya baca di internet dan dari gambar sampel gambar dari Nikon D3000 adalah 1 stop lebih teruk dari Nikon D40 dan lebih 1 stop lebih teruk berbanding D5000. Contohnya noise level dalam gambar dari Nikon D40 pada ISO1600 sama dengan gambar dari Nikon D3000 pada ISO800. Jadi sebagai langkah berjaga - jaga jgn gunakan ISO yang terlalu tinggi dengan Nikon D3000. Dalam general photography kita jarang guna ISO lebih dari 800. Jadi kalau anda tak pentingkan ISO tinggi bleh la beli kamera ni.

Kesimpulan : Secara keseluruhannya kamera ni bagus.. Yup!! Tp hanya untuk peringkat beginner sahaja.. Tp perlu diingat sampai bile kita "beginner".. Sebab nanti saya rasa mungkin anda semua hanya ambik masa 2 bulan utk bertukar dari peringkat beginner ke level yang lain. Jadi masa tu memang anda akan merasa kamera D3000 ni sangat limited dan nampak macam kamera mainan. Berlainan dengan D40.. D40 untuk beginner tapi harganya lagi murah dan tidak ada mode "mainan".. Kalau anda seorang yang sensitif anda akan merasa janggal apabila outing dengan photographer lain semasa anda menggunakan D3000, namun dengan D40 tidak menjadi masalah. Dari segi harga saya lebih sarankan supaya memilih Canon EOS1000D berbanding D3000 kerana D3000 ada masalah lens compatibility. Hanya kamera D70 dan ke atas sahaja yang terlepas dari masalah ni. Canon langsung tiada masalah walaupun dengan kamera EOS1000D yang berharga dalam lingkungan RM2000. Tetapi.. Semuanya bergantung kepada diri sendiri.. Jangan terlalu ikut review sesape.. Beli ikut kemahuan sendiri then hargailah sepenuhnya.. InsyaAllah anda mampu untuk mengambil gambar yang menarik seperti mana pro apabila anda sudah sebati dengan kamera anda nanti.. Gambar yang berkualiti bukan semestinya dari kamera yang mahal.. Banyak lagi faktor lain, antaranya adalah anda sendiri.. :)

D50? Sebenarnya gambar dari kamera ni memang cantik.. Rasanya D3000 tak mampu atasi gambar dari Nikon D50 sebab sensor D3000 bukan setaraf dengan sensor D50, walaupun sensor model lama tp D50 antara kamera yang hebat. Tp anda sanggup ke nak guna kamera dengan menu yang lama, complicated, LCD saiz kecik dan sebagainya? Huhu kalau anda tak kisah ok la.. Tapi rasanya tak ramai yang sanggup.. Di mana nak cari D50 sekarang ni ye? Huhu jawapannya adalah cari yang 2nd hand.. Hehe tapi spare la duit skit untuk repair kamera tu.. Takut2 nanti ada masalah.. Apepun keputusan di tangan anda...

Selamat berfotografi... :)

Perhatian!! Semua pendapat saya adalah berdasarkan pandangan peribadi saya dan saya memohon maaf sekiranya berlaku percanggahan atau ketidak puas hatian di kalangan sesiapa yang membacanya.. Harap semua dapat faedah :) .. Terima kasih.. Enjoy!!! :)