Bunga api sangat senang untuk diambil gambar. Gambar bunga api diambil dengan membuka “shutter” kamera untuk tempoh yang tertentu untuk membolehkan jaluran bunga api dikesan oleh pengesan cahaya CCD/CMOS kamera atau filem.
Ini adalah cara untuk melakukannya :
2) Setkan kanta kamera ke “manual focus” dan set tanda fokus ke tanda ∞ (infiniti)
3) Letakkan kemera atas tripod, guna “cable release” atau alat kawalan jauh kerana sedikit gegaran kamera akan menyebabkan jaluran bunga api kelihatan seperti “maggi”.
4) Shoot gambar dalam mood “M” (manual) jika kamera anda mempunyai fungsi tersebut.
5) Set kamera ke “B” atau “Bulb”. Apabila anda menekan shutter kamera akan buka shutter sehingga anda melepaskan jari anda dari “Shutter Release”. Sesetengah kamera mempunyai fungsi “T” atau “Time” iaitu shutter kamera akan dibuka kali pertama anda menekan shutter release dan shutter akan tertutup kali kedua anda tekan shutter release. Jika kamera anda tidak menyokong kedua – dua fungsi ini maka setkan exposure kamera anda selama mungkin. Dan gunakan tangan atau topi anda untuk menutup lens ketika tiada jaluran bunga api dan buka semula apabila terdapat jaluran bunga api.
6) Setkan ISO ke nilai yang paling rendah, tutup fungsi Auto ISO kerana kamera akan set ISO ke tahap paling tinggi semasa suasana gelap, ini akan menyebabkan gambar kelihatan berbintik. Jika anda tidak tahu apa itu ISO just abaikan je step ni.
7) Cuba gunakan aperture f/5.6 pada ISO 50 atau ISO 100 atau f/8 pada ISO 200. Jika anda tidak mengetahui apa itu aperture jangan risau.
8) Buka shutter sebelum bunga api menyala, buka selama beberapa saat. Lebih banyak nyalaan bunga api lebih banyak jaluran bunga api di dalam gambar yang ditangkap.
9) Adakah gambar terlalu gelap? Adjustkan aperture ke f/4. Gambar terlalu terang? Setkan aperture setinggi f/11. Setkan mengikut keperluan anda.
10) Kecerahan bunga api dalam gambar hanya bergantung kepada nilai ISO dan nilai aperture. Iainya tidak bergantung kepada berapa lama shutter anda dibuka.
11) Kecerahan langit bergantung kepada nilai ISO, nilai aperture dan berapa lama bukaan shutter.
12) Untuk langit yang lebih biru cuba setkan “White Balance” ke “Tungsten”. Untuk warna yang lebih oren setkan ke “Cloudy” atau “Shade”.
